Muslimin/ Muslimat
Yang Dirahmati Allah
PROGRAM IBADAH QURBAN DAN AKIKAH
2017
Kemboja, Palestin, Bangladesh dan
Malaysia
Resit Pelepasan Cukai bagi setiap penyertaan atau sumbangan serta gambar dan sijil penyertaan
akan diberikan.
Kemboja dan
Bangladesh : RM340 / bahagian lembu
Malaysia : RM600 /
bahagian lembu
Palestin :RM1600 /
bahagian lembu
Sila
Hubungi terus urusetia di talian 03-79584021 atau watsapp urusetia di 018-2253584
![wanita Kemboja program qurban akikah](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAYYW25JQHlMupIA6m9msQOcDrlwevhOU5o4PrNriC4h-eHqvSLo9qX6W9nidh-axUioCNBX01KMU3ozkYpN6Go5aLwR6y3Q9U9tWAkY-4wU_ViVje6VcAj4CDjj1HcXOeylAanORv1WwU/s320/Picture1.jpg)
Kawasan Tumpuan Di Kemboja
Perlaksanaan Ibadah korban dan Akikah dilakukan
untuk umat Islam di seluruh Cambodia. Pun begitu, kami akan menumpukan kepada
tiga kawasan utama:
- Kampong Khleang Sbek – Selain korban dan akikah, SALAM turut merancang untuk membangunkan sektor ekonomi penduduk tempatan dengan jualan kraftangan dan kuih-muih. Sebelum ini, beberapa orang penduduk telah pun di latih dengan kemahiran kraftangan dan jahitan. Kesinambungan dari itu, kami akan melatih mereka dalam kemahiran perniagaan pula dengan bantuan UTM.
- Ratanakkiri – Terletak 550km dari Phnom Pehn, masjid ini telah boleh digunakan sejak penghujung tahun lepas. Ia dibina dari hasil sumbangan orang ramai khususnya dari Malaysia. Pun begitu, SALAM sedang menambah-baik kemudahan yang diperlukan untuk masjid ini seperti solar, bilik air dan telaga tiub.
- Perkampungan Nelayan Croy Chongva – Berada
berhampiran Phnom Pehn, kampung ini mempunyai kira-kira 700 orang yang
sangat daif. Mereka tinggal di dalam sampan yang turut digunakan untuk
menangkap ikan. Kemiskinan penduduk tempatan sangat ketara sehingga
kanak-kanak tidak mampu bersekolah. Selain korban dan akikah, SALAM akan
menjalankan aktiviti berkhatan untuk kanak-kanak tempatan di sini. Ini
merupakan tahun kedua SALAM mengadakan program sedemikian di sini.
Program Qurban dan Akikah di Bangladesh
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZw2OQBeLcQ3K5kG0SU93v6hzTfy6prDA_zd3CCTB7YoWNLuyX0vlDobds06bRLD9IW2Kr_ilEvmUJ4kfurGifxGBdj668oY7AUJST2PmeyfTsibzd_lQUtY-CUioP3pL6KYpfe-FvoScm/s320/akikah+qurban+Kemboja+1.jpg)
Selain itu, kita tidak akan melupakan kesengsaraan penduduk Gaza yang terus ditekan oleh regim Zionis. Juga, kita turut membantu keluarga miskin di Hulu Langat, Malaysia dalam program korban ini.