“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)
Fatima merupakan kanak-kanak
biasa berusia 11 tahun. Sekali pandang, sama sahaja seperti anak-anak kita.
Namun, Fatimah merupakan anak yatim dari keluarga yang sangat daif. Anak sulong
dari 5 beradik ini tinggal di asrama Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad,
sekolah pondok pengajian agama di Kushtia, Bangladesh.
Kemiskinan menyebabkan Fatima
sangat tidak mampu untuk membeli keperluan asas di asrama. Tidak seperti
anak-anak kita yang cantik dengan berhelaian pakaian, Fatima cuma mempunyai 2
pasang pakaian. Hari ini dipakai, esok dibasuh untuk dipakai pada lusa pula.
Jika musim hujan, sepasang baju dipakai berhari-hari sementara menunggu
sepasang lagi kering. Begitulah rutin hariannya.
Fatima merupakan salah seorang
dari berpuloh-puloh kanak-kanak berada dalam situasi yang sama di madrasah tersebut. Jika tidak
tinggal di asrama, kanak-kanak ini tidak ke sekolah kerana faktor kemiskinan.
Madrasah Darul Uloom Sabeelur
Rashad mempunyai 500 pelajar lelaki dan perempuan dari keluarga miskin dan
sebahagiannya adalah anak yatim. Para pelajar disini berusia antara 8 hingga 16
tahun. Hanya pelajar yang tinggal jauh sahaja tinggal di asrama disebabkan
faktor pedalaman dan masalah pengangkutan. Operasi sekolah pondok ini
bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.
Berasaskan situasi ini, Yayasan Salam Malaysia ( SALAM
) bersama Sabeelul Huda Education Foundation (SHEF) di Bangladesh membuka
tabung sedekah jari’ah untuk pembelian pakaian kanak-kanak yang tidak
berkemampuan. Dianggarkan sepasang pakaian berharga dalam lingkungan RM20
hingga RM50 bergantung kepada saiz, peringkat umur dan jantina kanak-kanak tersebut.
Tiada had minimum bersedekah
untuk tabung ini, semua sumbangan akan dikumpul dan diserahkan segera kepada
pihak Darul Uloom. Dan, tabung ini dibuka sehingga dimaklumkan penutupannya
kelak.
Untuk bersedekah, bank in ke akaun :
- Yayasan Salam Malaysia
1. Public Bank – 3072 87 9302
2. CIMB - 8002 3824 16