BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

PROGRAM IBADAH QURBAN DAN AKIKAH 2017

Muslimin/ Muslimat Yang Dirahmati Allah

PROGRAM IBADAH QURBAN DAN AKIKAH 2017
Kemboja, Palestin, Bangladesh dan Malaysia

Resit Pelepasan Cukai bagi setiap penyertaan  atau sumbangan serta gambar dan sijil penyertaan akan diberikan.
Kemboja dan Bangladesh      : RM340 / bahagian lembu 
Malaysia                    : RM600 / bahagian lembu
Palestin                    :RM1600 / bahagian lembu

Sila Hubungi terus urusetia di talian 03-79584021 atau watsapp urusetia di 018-2253584

program qurban akikahYAYASAN SALAM MALAYSIA (SALAM) telah melaksanakan Program Ibadah Qurban dan Akikah sejak tahun 2006 dan tahun ini SALAM sekali lagi akan meneruskan usaha ini untuk membantu umat Islam di Cambodia, Bangladesh, Palestin dan Malaysia. 







Kawasan Tumpuan Di Kemboja

Perlaksanaan Ibadah korban dan Akikah dilakukan untuk umat Islam di seluruh Cambodia. Pun begitu, kami akan menumpukan kepada tiga kawasan utama:

  1. Kampong Khleang Sbek – Selain korban dan akikah, SALAM turut merancang untuk membangunkan sektor ekonomi penduduk tempatan dengan jualan kraftangan dan kuih-muih. Sebelum ini, beberapa orang penduduk telah pun di latih dengan kemahiran kraftangan dan jahitan. Kesinambungan dari itu, kami akan melatih mereka dalam kemahiran perniagaan pula dengan bantuan UTM.
  2. Ratanakkiri – Terletak 550km dari Phnom Pehn, masjid ini telah boleh digunakan sejak penghujung tahun lepas. Ia dibina dari hasil sumbangan orang ramai khususnya dari Malaysia. Pun begitu, SALAM sedang menambah-baik kemudahan yang diperlukan untuk masjid ini seperti solar, bilik air dan telaga tiub.

PENYERTAAN MASIH DIBUKA !

Penyertaan Program Qorban 2017 masih dibuka sehingga 30 Ogos 2017.

Yayasan Salam Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menyertai dan menyumbang. Kami akan lakukan yang terbaik untuk menyampaikan amanah tersebut.

Sertai kami segera!
Dapatkan borang dan maklumat lanjut di www.qurban.salam.org.my


Kebajikan Merentasi Sempadan !
Tidak Berasaskan Keuntungan !

Bukan Sekadar Perlaksanaan Qurban / Akikah

Sukarelawan sedang membantu membuat persiapan
jamuan untuk penduduk kampung.
Selain perlaksanaan qurban dan akikah, sukarelawan Yayasan Salam Malaysia turut membantu aktiviti-aktiviti lain di kawasan perkampungan yang terlibat.  

Antara aktiviti tersebut termasuklah memotong dan mengagihkan daging, memasak, memperlengkapkan surau dan sekolah serta terlibat dalam penyembelihan haiwan qurban.

Sukarelawan juga terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti bersama kanak-kanak termasuklah program Health And Hygiene - Kebersihan Dan Kesihatan Diri.

Semoga peranan para sukarelawan ini memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak di sana. Yayasan Salam Malaysia akan terus memberi sumbangan kepada sesiapa sahaja, selagi sokongan orang ramai dan para sukarelawan masih ada.
Sukarelawan sedang membuat persiapan untuk program kanak-kanak
di sebuah sekolah pondok di Wilayah Kratie, Kemboja

Program Berkhatan Di Kampung Nelayan, Phnom Penh


Selaras dengan objektif untuk membantu golongan yang memerlukan, Yayasan Salam Malaysia bersama Jabatan Perubatan UTM telah menjalankan program berkhatan untuk kanak-kanak dari keluarga miskin di Kampung Nelayan Chroy Chongva, Phnom Penh. 

Sebagai pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan, ini merupakan program kesukarelaan di Kemboja selain qurban, akikah dan wakaf masjid. Pada tahun 2015 seramai 30 orang kanak-kanak menyertai program ini sementara pada tahun 2016 pula seramai 36 orang kanak-kanak menyertainya. Pasukan perubatan UTM telah menggunakan teknik moden secara elektronik yang lebih mudah dan efektif.

Dikhabarkan kos berkhatan di Kemboja boleh mencecah sehingga lebih RM400 seorang. Jauh berbeza dengan kos di Malaysia. Atas faktor ketidakmampuan, ada yang berkhatan semasa umur belasan tahun. 

Terima kasih, syabas dan tahniah kepada pasukan perubatan dan sukarelawan UTM yang membantu kanak-kanak dan keluarga di Kemboja. UTM turut membangunkan perkampungan Kleang Sbek, Wilayah Kandal dengan program-program kebudayaan, sosial dan ekonomi.

Program Di Gaza

Terdapat dua program utama Yayasan Salam Malaysia di Gaza, Palestin:
1. Program Food Parcel Bulan Ramadhan
2. Qurban, akikah dan sedekah.

SALAM berkerjasama dengan Palestinian Orphan Home Association (POHA) untuk melaksanakan program ini.

Kesemua sumbangan adalah untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal yang kebanyakannya merupakan mangsa peperangan. Suami atau ayah mereka terbunuh dalam serangan di Gaza.

RAMADHAN FOOD PARCELS - Gaza, Palestin

Program Ramadhan Food Parcels untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal di Gaza, Palestin ini telah diusahakan sejak 2014 lagi. Dana yang dikumpul akan dihantar terus ke Gaza untuk pembelian barangan makanan asas. 

Kesemua barangan ini akan diagihkan oleh Palestinian Orphans Home (POHA) kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di sekitar Gaza. Hampir kesemua mereka ini telah kehilangan ayah / suami akibat peperangan.  Sasaran kami adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak mungkin untuk mereka dan dihantar sebelum bulan Ramadhan 2017. Ini membolehkan POHA membeli barangan makanan dan diagihkan sebelum atau awal Ramadhan. 

Tabung dana ini dibuka sepanjang tahun. Sila hubungi Puan Masriah: 03-79584021 atau email masriah@salam.org.my untuk menyertai. 

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin.

SALAM-UTM : Rakan Strategik Bangunkan Kampung Budaya Di Kemboja

Sumber : Utusan.com.my  
5 Mei 2016

UTM bangunkan kampung budaya di Kemboja

KUALA LUMPUR 4 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil inisiatif bersama
sukarelawan mengajar bahasa Inggeris
tujuh rakan strategiknya bagi memba­ngunkan sebuah Kampung Budaya Lestari di Khleang Sbek, Kemboja sejak tiga tahun lalu.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Wahid Omar berkata, projek berkenaan bertujuan membangunkan sebuah kampung yang lestari dalam pelbagai aspek kehidupan di samping membimbing komuniti tempatan berdikari dengan menjadikan sumber semulajadi dan keunikan kampung sebagai aset pelancongan.

“Projek pembangunan ini sebenarnya telah mengharumkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan hanya prihatin terhadap isu-isu komuniti antarabangsa tetapi membantu membangunkan sebuah kampung yang kondusif dan lestari dengan mengekalkan ciri-ciri dan keunikan tempatan.

“Usaha pembangunan kampung budaya lestari ini telah diterjemahkan melalui empat aspek utama ia­itu Pembangunan Persekitaran dan Infrastruktur, Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan, Pembangunan Kesihatan dan juga Pemba­ngunan Ekonomi,” katanya dalam majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan UTM di sini hari ini.
Rakan strategik yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut adalah Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Sakinah Pasir Gudang, Wakaf An Nur Johor Corporation, Yayasan Salam Malaysia, Media Prima-TV3, Al Ikhsan Sdn. Bhd., Action Caring Team dan My Care Malaysia.

Tambah Dr. Wahid, projek yang telah bermula sejak 2013 ini meliputi penyelidikan serta peran­cangan pelbagai bidang dan model pembangunan dan pendekatan yang diaplikasikan oleh penyelidik UTM itu akan dijadikan rujukan dan panduan kepada beberapa pembangunan komuniti di Kemboja.

Jelas beliau, seramai 20 pensyarah serta 80 mahasiswa UTM daripada pelbagai bidang kepakaran terlibat secara berperingkat-­peringkat dan berkala dalam menjayakan projek tersebut.
“Antara projek yang telah dijalankan oleh pihak kami ialah pembangunan pusat informasi dan galeri senibina Kampung Khleang Sbek, pusat usahawan dan perniagaan Darul Sakinah, pusat jahitan komuniti serta aktiviti pembelajaran bahasa Inggeris kepada kanak-kanak di kampung tersebut.

“Bukan itu sahaja, kami juga telah menambah baik kemudahan sekolah, kajian kualiti air bersih, pemeriksaan dan rawatan kesihatan komuniti, pembinaan telaga air serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain,” jelasnya.

Pembinaan Telaga Tiub di Kemboja oleh Mahasiswa UUM Dengan Kerjasama Yayasan Salam Malaysia

Mahasiswa UUM sertai misi kemanusiaan di Kemboja

KUBANG PASU 20 Sept. – Penga­laman berkampung selama empat hari di sebuah tempat
yang dibelenggu kemiskinan dan krisis kebuluran telah memberi pengalaman berharga kepada 33 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menghargai kemakmuran negara.

Pada 21 Julai lalu, sekumpulan pelajar Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM dari Kampus Kuala Lumpur telah menjayakan program khidmat masyarakat yang dinamakan Semarak Kasih Di Kemboja, Sejernih Air Di Kali di Kampung Pevekpong, Kemboja.

Pengarah program, Basiron Baba berkata, kembara itu dijayakan dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia dan telah di­rasmikan Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Seri Hasan Malek.

Katanya, pihaknya telah berjaya mengumpul dana RM50,817 dalam masa sebulan hasil sumbangan badan korporat dan rak­yat Malaysia yang prihatin bagi menjayakan misi kemanusian itu.

“Dana itu digunakan untuk membina 20 telaga, empat panel solar dan satu enjin pam angin bagi kegunaan harian penduduk di Kampung Seve Pokau, Wel Kangaw, Seway, Sip, Kokedau dan Klang Sbek Kandal Province.
“Setiap amal itu bermula de­ngan niat, kami ingin menyalurkan bantuan ke Kemboja bukan sekadar tugasan semata-mata tetapi atas dasar jalinan kasih dan keikhlasan.
“Menerusi program ini, kami juga turut mengadakan aktiviti gotong-royong memasak, suka­neka serta melawat tapak penempatan telaga dan panel solar yang disumbangkan,” katanya.

Menurut Basiron, menyelusuri kawasan desa itu menggamit perasaan hiba dalam kalangan peserta apabila menyaksikan kesusahan masyarakat setempat yang jauh berbeza dengan penduduk negara ini.

“Satu demi satu telaga kami lawati namun tiada satu rumah yang kami temui dapat me­nyaingi rumah penduduk miskin di Malaysia, kami kagum dengan semangat mereka meneruskan hidup walau sesusah mana sekalipun.
“Kami menghulurkan bantuan kewangan di setiap rumah, ke­gembiraan berganda semasa kami menyerahkan sumbangan telaga. Mereka cukup terharu sehinga ada bukan muslim seolah-olah ingin menyembah kami,” ungkap­nya.

Pengertian Qurban Dan Hukumnya


Pengertian Qurban 
Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. 

qurban di Kemboja online

Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala. 


 PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA


 Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya. 



Firman Allah subhanahu wata‘ala: 


{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

Maksudnya:

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)



Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.



Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain. 



Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya. 



HUKUM MELAKUKAN QURBAN


 Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya. 
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: 
 “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)

 SYARAT-SYARAT QURBAN

 Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Syarat Wajib/Sunat Qurban. 
Syarat Sah Qurban. 
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban. 
Syarat Wajib/Sunat Qurban

 1.     Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya. 

2.     Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut. 

3.     Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Qurban

Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.


Hendaklah disembelih oleh orang Islam.

Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian. 
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban

Islam. 
Merdeka. 
Aqil Baligh. 
Bermukim atau Musafir. 
Berkemampuan. 

 WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

 Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib : 
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”

BINATANG QURBAN

 Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :

Jenis binatang yang diqurban. 
Umur binatang qurban. 
Kadar binatang yang disembelih. 
Sifat–sifat binatang qurban. 
1. Jenis Binatang Yang Diqurban 
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang. 

Firman Allah subhanahu wata‘ala: 



{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ } 
Maksudnya:
Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)

Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.


Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin. 

Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud: 
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”

 2. Umur Binatang Qurban

Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:

Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun. 
Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun. 
Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun. 
Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban. 



3. Kadar Binatang Yang Disembelih 
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:

“Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”

Dalam riwayat Muslim pula menyebut : 
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”


4. Sifat–Sifat Binatang Qurban

Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:

Terang penglihatannya iaitu tidak buta. 
Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya. 
Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus. 
Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu: 
Gemuk pada keseluruhan anggotanya. 
Bertanduk. 
Putih warna bulunya (pada kibasy). 
Jantan. 



Sifat yang makruh pada binatang qurban:

Rabit telinganya. 
Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya. 
Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya. 
Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya. 
Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh. 
Kabur penglihatannya. 
HUKUM DAGING QURBAN

Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian  dengan firman Allah subhanahu wata‘ala: 



{ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ } 
Maksudnya:
“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
(Surah Al-Hajj, 22:28)

Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala: 



{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ } 
Maksudnya:
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”
(Surah Al-Hajj, 22:36)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.

Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya

Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.

Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban. 

Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.

Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib  pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.



© Jabatan Mufti Negeri Melaka 
 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates