BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Program Berkhatan Di Kampung Nelayan, Phnom Penh


Selaras dengan objektif untuk membantu golongan yang memerlukan, Yayasan Salam Malaysia bersama Jabatan Perubatan UTM telah menjalankan program berkhatan untuk kanak-kanak dari keluarga miskin di Kampung Nelayan Chroy Chongva, Phnom Penh. 

Sebagai pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan, ini merupakan program kesukarelaan di Kemboja selain qurban, akikah dan wakaf masjid. Pada tahun 2015 seramai 30 orang kanak-kanak menyertai program ini sementara pada tahun 2016 pula seramai 36 orang kanak-kanak menyertainya. Pasukan perubatan UTM telah menggunakan teknik moden secara elektronik yang lebih mudah dan efektif.

Dikhabarkan kos berkhatan di Kemboja boleh mencecah sehingga lebih RM400 seorang. Jauh berbeza dengan kos di Malaysia. Atas faktor ketidakmampuan, ada yang berkhatan semasa umur belasan tahun. 

Terima kasih, syabas dan tahniah kepada pasukan perubatan dan sukarelawan UTM yang membantu kanak-kanak dan keluarga di Kemboja. UTM turut membangunkan perkampungan Kleang Sbek, Wilayah Kandal dengan program-program kebudayaan, sosial dan ekonomi.

Share this:

 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates