BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

PROGRAM IBADAH QURBAN DAN AKIKAH 2017

Muslimin/ Muslimat Yang Dirahmati Allah

PROGRAM IBADAH QURBAN DAN AKIKAH 2017
Kemboja, Palestin, Bangladesh dan Malaysia

Resit Pelepasan Cukai bagi setiap penyertaan  atau sumbangan serta gambar dan sijil penyertaan akan diberikan.
Kemboja dan Bangladesh      : RM340 / bahagian lembu 
Malaysia                    : RM600 / bahagian lembu
Palestin                    :RM1600 / bahagian lembu

Sila Hubungi terus urusetia di talian 03-79584021 atau watsapp urusetia di 018-2253584

program qurban akikahYAYASAN SALAM MALAYSIA (SALAM) telah melaksanakan Program Ibadah Qurban dan Akikah sejak tahun 2006 dan tahun ini SALAM sekali lagi akan meneruskan usaha ini untuk membantu umat Islam di Cambodia, Bangladesh, Palestin dan Malaysia. 







Kawasan Tumpuan Di Kemboja

Perlaksanaan Ibadah korban dan Akikah dilakukan untuk umat Islam di seluruh Cambodia. Pun begitu, kami akan menumpukan kepada tiga kawasan utama:

  1. Kampong Khleang Sbek – Selain korban dan akikah, SALAM turut merancang untuk membangunkan sektor ekonomi penduduk tempatan dengan jualan kraftangan dan kuih-muih. Sebelum ini, beberapa orang penduduk telah pun di latih dengan kemahiran kraftangan dan jahitan. Kesinambungan dari itu, kami akan melatih mereka dalam kemahiran perniagaan pula dengan bantuan UTM.
  2. Ratanakkiri – Terletak 550km dari Phnom Pehn, masjid ini telah boleh digunakan sejak penghujung tahun lepas. Ia dibina dari hasil sumbangan orang ramai khususnya dari Malaysia. Pun begitu, SALAM sedang menambah-baik kemudahan yang diperlukan untuk masjid ini seperti solar, bilik air dan telaga tiub.
  3. Perkampungan Nelayan Croy Chongva – Berada berhampiran Phnom Pehn, kampung ini mempunyai kira-kira 700 orang yang sangat daif. Mereka tinggal di dalam sampan yang turut digunakan untuk menangkap ikan. Kemiskinan penduduk tempatan sangat ketara sehingga kanak-kanak tidak mampu bersekolah. Selain korban dan akikah, SALAM akan menjalankan aktiviti berkhatan untuk kanak-kanak tempatan di sini. Ini merupakan tahun kedua SALAM mengadakan program sedemikian di sini.

Program Qurban dan Akikah di Bangladesh

SALAM meneruskan usaha membantu umat Islam Bangladesh untuk tahun yang kedua. Beberapa bulan lepas, Bangladesh telah dilanda banjir buruk mengakibatkan banyak kematian dan kemusnahan harta benda. Ini memburukkan lagi keadaan kemiskinan di sana. SALAM sangat berharap agar kita dapat membantu meringankan beban mereka dengan meneruskan program ini. Kali ini, SALAM turut memohon bantuan wakaf untuk pembinaan telaga tiub bagi kegunaan harian mereka termasuk mendapatkan bekalan air yang lebih bersih.

Selain itu, kita tidak akan melupakan kesengsaraan penduduk Gaza yang terus ditekan oleh regim Zionis. Juga, kita turut membantu keluarga miskin di Hulu Langat, Malaysia dalam program korban ini.

Share this:

 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates