BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Program Qurban Dan Wakaf Telaga Di Bangladesh - Terima kasih kepada yang menyertai

Yayasan Salam Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam Program Qurban dan Wakaf Telaga di Bangladesh.

Semua urusan qurban dan pengagihan telah selesai dijalankan sepanjang Hari Raya AidilAdha yang lalu. Yayasan Salam Malaysia telah bekerjasama dengan Sabeelul Huda Education Foundation (SHEF) untuk menjayakan program ini.

Sementara itu, telaga-telaga yang diwakafkan sedang dalam pembinaan. Semoga para penyumbang mendapat pahala yang berpanjangan.

Bangladesh mengalami pencemaran arsenik dalam sumber air mereka. Oleh itu, wakaf telaga ini merupakan sesuatu yang amat bermakna untuk mereka.

program qurban dan akikah di BangladeshKetahui maklumat lanjut berkaitan wakaf telaga dan kepentingannya di Bangladesh :

http://wakafqorban.blogspot.my/p/telaga-tiub-di-bangladesh.html

Sila hubungi Yayasan Salam Malaysia di talian 03-79584021 atau info@salam.org.my untuk penyertaan wakaf dan maklumat berkaitan.

Pengagihan daging qurban

Tanggungjawab untuk menguruskan daging qurban dan akikah dipikul bersama oleh penduduk kampung. Kebiasaannya, kaun lelaki akan menguruskan urusan sembelihan dan melapah kulit sementara kaun wanita akan membantu memotong daging.

Hampir kesemua rumah di perkampungan tidak mempunyai peti sejuk simpanan. Oleh itu, mereka akan menyalai daging di atas dapur bagi membolehkan daging disimpan lama. 

Kreativiti dan survival masyarakat Kemboja memang tinggi. Walaupun tidak mempunyai kereta / lori, mereka mengubahsuai motosikal untuk pelbagai kegunaan. Ini memudahkan mereka mengangkut pelbagai barangan termasuk lembu korban ke pusat pengagihan masing-masing. Ia merupakan sesuatu yang praktikal, mudah, murah dan berkesan untuk melalui jalan-jalan perkampungan yang lebih jauh di pedalaman. 

FOOD PARCELS - Ramadhan Project in Gaza

 At the beginning of Ramadan Month, Palestinian poor and needy families were thinking about how to get their basic needs for their families and children  and they considered this a big suffering due to their bad economic situation ,  but the thing that they didn’t expect that they will face more and more sufferings and will live in a war for the rest of Ramadan.

Before Ramadan, more than 70% of the Palestinian population were receiving humanitarian aid, the ability to feed one's family is the greatest struggle for the people of Gaza.


The month of Ramadan came while Gaza Strip is still suffering from the siege imposed on it for several years, this siege has deteriorated the situation and affected all the fields in Gaza Strip.

Every family in Gaza has their suffering, sadness and, thousands of families are asking how to welcome Ramadan while they are in their deteriorated conditions.

Signs of grief and misery inhabit the faces of the people who suffer from the sever poverty and bad economic situation which lead to deterioration in the living conditions.

Due to this difficult situation, thousands of families can't afford to get the basic special needs for Ramadan. Also the increase of prices for most goods has increased the burden of those families.
The recent war imposed on Gaza Strip, added more sufferings to hundreds of people. On 8 July 2014, a humanitarian emergency was declared in the Gaza Strip, following an escalation in hostilities involving intense Israeli aerial and naval bombardment and Palestinian rocket fire into Israel. This is the worst escalation of conflict in the Gaza Strip since the beginning of the Israeli occupation, surpassing the length and severity of Israel’s 2008/2009 Operation “Cast Lead”.

The humanitarian impact of these strikes in Gaza comes at a time of heightened vulnerability and instability in Gaza. Unemployment has increased dramatically since mid-2013, following a halt of the illegal tunnel trade and, exacerbating the impact of the blockade and the longstanding access restrictions imposed by Israel which have been preventing any meaningful economic activity. Additionally, public sector salaries  have not been paid regularly since August 2013.

An emergency response is required to meet the most urgent needs, particularly those stemming from the massive number of displaced persons specially in the month of Ramadan. This project was so helpful in order to contribute to end to the human suffering of the people in Gaza.



This project included food distribution programs to facilitate the life of the Palestinian people and alleviate their suffering.

SADAQAH JARI'AH - Food Parcel Project in Gaza Strip, Palestine

Food parcel distribution in Gaza
Ramadan is a special month in which the spending increases, and this increases the responsibilities of the families to get their basic needs for their children.

This leads to the increase of the suffering of poor and needy families. Especially as because of the rising living expenses and high prices for the low rate of monthly income. This project of food parcels alleviates the suffering of those families as they ensure that the needy family get all their needs.

Due to the growing household expenditures and the large demands of everyday life in the month of Ramadan and as many families can't bear the costs and burdens of these expenses, this project helps families in need of assistance to get at least the basic needs.

So the society takes into consideration great importance to the project where food parcels are provided to needy families and the poor  who suffer hunger during Ramadan. And for the people who were forced to leave their houses due to the war, or their houses were demolished.
The food parcel ensures the minimum basic needs for  the poorest families, especially those living in borders areas who were badly affected by the war. We supplied :
- Ground lentil
- Rice
- Tomato paste
- Sugar
- Spaghetti
- Tea
- Chickpeas 
- Chidder chesses
- White cheese (vita)
- Dates

- Butter
- Beans (cans)
- Jam
- Halva (sweetness)
- Tahini

The contents of the package were put in cartoon boxes with the name of the project and funded institution and its logo. The boxes were carefully closed to protect the contents so that they reach their  owners complete and in good condition.

The food parcels were distributed food parcels based on the plan and certain criteria in order to ensure the success of distribution process. The distribution of food parcels was all over Gaza Strip and it is also distributed for the shelters of people at schools.

The general and special standards for the distribution to the regions took into consideration the following points:

- The population of the region
damage to the regions due to the war.
-poor and marginalized areas.
- The number of families who didn't get assistance from other programs
- Number of family members

Volunteers distribute food parcels to selected families
in Gaza, Palestine
The society prepared the list of the names according for every region, and this was checked carefully in order to ensure that this aid reaches the most needy families and those who deserve it.
The distribution of food parcels, was according to the political and security situation, some families get the food parcels from the branches of the society, while the staff have delivered the parcels to them at their locations.

Ramadan projects have a great impact in the hearts of the people of the Gaza Strip, the projects contributed to the alleviation of their suffering especially at the  difficult circumstances experienced by Gaza Strip in the current period.


The society appreciate highly all the efforts done for supporting Ramadan projects that alleviate the sufferings of needy families.

Program Sedekah Untuk Pembelian Pakaian Kanak-Kanak Di Bangladesh

"Sedekah dapat menghapus dosa
sebagaimana air memadam api"
- Hadis Riwayat Tarmizi

Sedekah jariyah untuk mereka meneruskan pendidikan
Selain wakaf telaga tiub, Yayasan Salam Malaysia melancarkan tabung kutipan sedekah untuk kanak-kanak yatim dan miskin yang sedang belajar di sekolah pondok Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad, Kushtia, Bangladesh.

Sekolah pondok ini telah didirikan dan diuruskan oleh Sabeelul Huda Education Foundation (SHEF) untuk mendidik anak-anak tempatan dalam Pendidikan Islam. SHEF telah ditubuhkan pada 2007 dengan matlamat untuk megembangkan bidang pendidikan Islam, mnelengkapkan institusi keagamaan dan membangunkan penduduk setempat melalui pendidikan. Malah, mereka turut terlibat dalam misi kemanusiaan untuk membantu mangsa bencana, pemeriksaan perubatan percuma dan membantu golongan miskin. Pengerusi  SHEF, Saudara Md. Shahidul Islam Faruqi  sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Madarasah Darul Uloom Sabeelur Rashad mempunyai seramai 500 orang pelajar, 300 orang lelaki dan 200 orang perempuan berumur antara 8 hingga 16 tahun. Sebahagian para pelajar ini tinggal di asrama dan sebahagiannya pula tinggal bersama keluarga. Hampir kesemua mereka merupakan dari keluarga miskin dan juga anak-anak yatim.

Harga pakaian bagi seorang pelajar adalah antara RM20.00 hingga RM50.00 sahaja, bergantung pada umur dan jantina pelajar. Pun begitu, kami menerima seberapa banyak sumbangan dihulurkan oleh orang ramai kerana ia merupakan sedekah jariyah. Pepatah melayu mengatakan, “sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Semua sumbangan akan diserahkan dengan segera tanpa mengikut jumlahnya.

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun:
 
Yayasan Salam Malaysia
No. akaun:    1. Public Bank – 3072 87 9302
                        2. CIMB - 8002 3824 16  Sila hantarkan bank-in slip melalui whatsapp 012-6225517 atau emailkan ke nal@salam.org.my .


Semoga sumbangan sedekah jariyah untuk pembelian pakaian ini memberi pahala berpanjangan kepda kita semua. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Nal Azri Nawawi di talian 012-622 5517 / 03-79584021 atau nal@salam.org.my .




Yatim dan miskin – pakaian sama berhari-hari di Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)

Sebahagian pelajar Madrasah
Darul Uloom Sabeelur Rashad


Fatima merupakan kanak-kanak biasa berusia 11 tahun. Sekali pandang, sama sahaja seperti anak-anak kita. Namun, Fatimah merupakan anak yatim dari keluarga yang sangat daif. Anak sulong dari 5 beradik ini tinggal di asrama Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad, sekolah pondok pengajian agama di Kushtia, Bangladesh.

Kemiskinan menyebabkan Fatima sangat tidak mampu untuk membeli keperluan asas di asrama. Tidak seperti anak-anak kita yang cantik dengan berhelaian pakaian, Fatima cuma mempunyai 2 pasang pakaian. Hari ini dipakai, esok dibasuh untuk dipakai pada lusa pula. Jika musim hujan, sepasang baju dipakai berhari-hari sementara menunggu sepasang lagi kering. Begitulah rutin hariannya.

Fatima merupakan salah seorang dari berpuloh-puloh kanak-kanak berada dalam situasi yang sama di madrasah tersebut. Jika tidak tinggal di asrama, kanak-kanak ini tidak ke sekolah kerana faktor kemiskinan.

Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad mempunyai 500 pelajar lelaki dan perempuan dari keluarga miskin dan sebahagiannya adalah anak yatim. Para pelajar disini berusia antara 8 hingga 16 tahun. Hanya pelajar yang tinggal jauh sahaja tinggal di asrama disebabkan faktor pedalaman dan masalah pengangkutan. Operasi sekolah pondok ini bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.

Berasaskan situasi ini, Yayasan Salam Malaysia ( SALAM ) bersama Sabeelul Huda Education Foundation (SHEF) di Bangladesh membuka tabung sedekah jari’ah untuk pembelian pakaian kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Dianggarkan sepasang pakaian berharga dalam lingkungan RM20 hingga RM50 bergantung kepada saiz, peringkat umur dan jantina kanak-kanak tersebut.

Tiada had minimum bersedekah untuk tabung ini, semua sumbangan akan dikumpul dan diserahkan segera kepada pihak Darul Uloom. Dan, tabung ini dibuka sehingga dimaklumkan penutupannya kelak.

Untuk bersedekah, bank in ke akaun : 

Yayasan Salam Malaysia
 1. Public Bank – 3072 87 9302
 2. CIMB - 8002 3824 16  

Sila hantarkan bank-in slip melalui whatsapp 012-6225517 atau emailkan ke nal@salam.org.my .



Aidiladha di Kemboja

Oleh Halina Mohd Noor, wartawan Berita Harian
(Yang menyertai Misi Kemanusiaan Kemboja 2010 bersama sukarelawan Yayasan Salam Malaysia)
halina@bharian.com.my, 2010/12/12

Sukarelawan Yayasan Salam dan Rakan Muda 'berkorban' bersama penduduk Islam Kemboja
HATI cukup tersentuh tatkala melihat penduduk Kampung Ayer di Tasik Tonle Sap, Wilayah Siem Reap, Kemboja mengambil wuduk menggunakan air tasik yang keruh dan hanyir. Tasik itu jugalah punca air mereka mencuci beras, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Penduduk di sini juga hidup seakan nomad di atas tasik yang juga disifatkan sebagai ‘Mahkota Kemboja’ kerana saiznya yang luas. Mereka terpaksa memindahkan rumah masing-masing ke sebelah barat tasik apabila musim kering pada Disember dan kembali semula pada Jun hingga November apabila air naik memenuhi tasik.


Kedaifan bukan saja membelenggu penduduk penempatan bergelar Kampung Ayer ini yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan di sini tetapi hampir kebanyakan masyarakat di negara penuh sejarah hitam ini. Kebanyakan mereka hanya makan sekali sehari, itupun dengan sejenis lauk saja sama ada ikan atau sayur yang direbus.


Kemiskinan menyebabkan hampir 90 peratus penduduk di sini kurus kerana tidak mendapat khasiat makanan diperlukan. Hanya setahun sekali mereka makan daging lembu. Itupun jika ada rakyat Malaysia yang sudi menjalankan korban pada Aidil Adha di kampung mereka.


Tidak hairanlah apabila kunjungan kami ke Kampung Khpob di Wilayah Cham diisi insiden lucu apabila penduduk kelihatan geli hati sambil memicit otot pejal milik salah seorang sukarelawan Rakan Muda yang berbadan gempal dan rendah. Mungkin susuk tubuh seperti itu begitu asing buat mereka.


Mungkin disebabkan budaya ditambah kerana tidak mampu, masyarakat di sini juga hanya bersarapan pagi dengan air kopi pekat atau teh Kemboja berbanding di negara kita yang meriah dengan pelbagai jenis kuih, roti canai, nasi lemak dan sebagainya.


Beberapa sukarelawan yang kelaparan di pagi hari, cuba mendapatkan sarapan di kedai kopi terdekat selepas tuan rumah tidak menyediakan sebarang hidangan tetapi ternyata hanya minuman seperti teh, kopi, air tebu dan ais kacang dijual. 


Namun rezeki tetap ada apabila keluarga sukarelawan Yayasan Salam di Kemboja, Mohd Sulaiman menyediakan sarapan roti panjang yang dimakan dengan telur itik goreng kerana memahami tabiat orang Malaysia yang akan mencari makan sebaik celik mata di pagi hari.


Inilah hakikat kehidupan di sini yang tidak menjadikan makan sebagai budaya. Mereka mengisi perut untuk hidup dan bukan hidup untuk makan dek kesusahan yang dialami. Justeru, kedatangan orang Malaysia yang menjalankan ibadat korban di kampung mereka disambut gembira.


Persiapan mencari rezeki di sungai
Tahun lalu, ketika sukarelawan Yayasan Salam mengadakan kenduri daging korban bersama penduduk Kampung Tropengbeang di Wilayah Kratie, mereka didatangi seorang wanita berusia awal 20-an bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Romzi. 


Wajah mereka tampak keletihan selepas menunggang motosikal selama lima jam dari Kampung Tanakkiri dalam wilayah yang sama semata-mata untuk memohon simpati meminta sebahagian daging lembu untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung.


“Sudah bertahun hari raya (Aidiladha) tiada korban di kampung kami. Kampung kami jauh, tiada orang Malaysia mahu datang... seekor pun jadilah,” kata Romzi yang hanya mampu menitiskan air mata apabila diberitahu lembu sudah habis dikorbankan dan tiada lagi yang berbaki.


Tahun ini seperti dijanjikan, Yayasan Salam memastikan Romzi dan penduduk kampungnya menerima daging korban berkenaan. 


Bagi penulis yang baru pertama kali beraya tanpa keluarga di perantauan, takbir pada malam Aidil Adha begitu sayu dirasakan. Mana tidaknya, Kampung Khpob sunyi sepi seperti tiada apa yang istimewa. Tiada suasana riuh rendah orang kampung memasak rendang mahupun menganyam ketupat.


Bagaimanapun, penulis insaf apabila melihat betapa orang kampung di sini tetap menyambutnya dengan meriah walaupun tanpa hidangan mewah. Mereka tetap keluar beramai-ramai dengan baju cantik mengunjungi jiran tetangga selepas bersembahyang raya.


Suasana begini sudah lama tidak dilihat di tanah air kita kerana masing-masing membawa diri dan menyambut hari raya bersama keluarga terdekat saja.


 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates