BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Program Sedekah Untuk Pembelian Pakaian Kanak-Kanak Di Bangladesh

"Sedekah dapat menghapus dosa
sebagaimana air memadam api"
- Hadis Riwayat Tarmizi

Sedekah jariyah untuk mereka meneruskan pendidikan
Selain wakaf telaga tiub, Yayasan Salam Malaysia melancarkan tabung kutipan sedekah untuk kanak-kanak yatim dan miskin yang sedang belajar di sekolah pondok Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad, Kushtia, Bangladesh.

Sekolah pondok ini telah didirikan dan diuruskan oleh Sabeelul Huda Education Foundation (SHEF) untuk mendidik anak-anak tempatan dalam Pendidikan Islam. SHEF telah ditubuhkan pada 2007 dengan matlamat untuk megembangkan bidang pendidikan Islam, mnelengkapkan institusi keagamaan dan membangunkan penduduk setempat melalui pendidikan. Malah, mereka turut terlibat dalam misi kemanusiaan untuk membantu mangsa bencana, pemeriksaan perubatan percuma dan membantu golongan miskin. Pengerusi  SHEF, Saudara Md. Shahidul Islam Faruqi  sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Madarasah Darul Uloom Sabeelur Rashad mempunyai seramai 500 orang pelajar, 300 orang lelaki dan 200 orang perempuan berumur antara 8 hingga 16 tahun. Sebahagian para pelajar ini tinggal di asrama dan sebahagiannya pula tinggal bersama keluarga. Hampir kesemua mereka merupakan dari keluarga miskin dan juga anak-anak yatim.

Harga pakaian bagi seorang pelajar adalah antara RM20.00 hingga RM50.00 sahaja, bergantung pada umur dan jantina pelajar. Pun begitu, kami menerima seberapa banyak sumbangan dihulurkan oleh orang ramai kerana ia merupakan sedekah jariyah. Pepatah melayu mengatakan, “sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Semua sumbangan akan diserahkan dengan segera tanpa mengikut jumlahnya.

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun:
 
Yayasan Salam Malaysia
No. akaun:    1. Public Bank – 3072 87 9302
                        2. CIMB - 8002 3824 16  Sila hantarkan bank-in slip melalui whatsapp 012-6225517 atau emailkan ke nal@salam.org.my .


Semoga sumbangan sedekah jariyah untuk pembelian pakaian ini memberi pahala berpanjangan kepda kita semua. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Nal Azri Nawawi di talian 012-622 5517 / 03-79584021 atau nal@salam.org.my .




Share this:

 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates