BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Yatim dan miskin – pakaian sama berhari-hari di Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)

Sebahagian pelajar Madrasah
Darul Uloom Sabeelur Rashad


Fatima merupakan kanak-kanak biasa berusia 11 tahun. Sekali pandang, sama sahaja seperti anak-anak kita. Namun, Fatimah merupakan anak yatim dari keluarga yang sangat daif. Anak sulong dari 5 beradik ini tinggal di asrama Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad, sekolah pondok pengajian agama di Kushtia, Bangladesh.

Kemiskinan menyebabkan Fatima sangat tidak mampu untuk membeli keperluan asas di asrama. Tidak seperti anak-anak kita yang cantik dengan berhelaian pakaian, Fatima cuma mempunyai 2 pasang pakaian. Hari ini dipakai, esok dibasuh untuk dipakai pada lusa pula. Jika musim hujan, sepasang baju dipakai berhari-hari sementara menunggu sepasang lagi kering. Begitulah rutin hariannya.

Fatima merupakan salah seorang dari berpuloh-puloh kanak-kanak berada dalam situasi yang sama di madrasah tersebut. Jika tidak tinggal di asrama, kanak-kanak ini tidak ke sekolah kerana faktor kemiskinan.

Madrasah Darul Uloom Sabeelur Rashad mempunyai 500 pelajar lelaki dan perempuan dari keluarga miskin dan sebahagiannya adalah anak yatim. Para pelajar disini berusia antara 8 hingga 16 tahun. Hanya pelajar yang tinggal jauh sahaja tinggal di asrama disebabkan faktor pedalaman dan masalah pengangkutan. Operasi sekolah pondok ini bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.

Berasaskan situasi ini, Yayasan Salam Malaysia ( SALAM ) bersama Sabeelul Huda Education Foundation (SHEF) di Bangladesh membuka tabung sedekah jari’ah untuk pembelian pakaian kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Dianggarkan sepasang pakaian berharga dalam lingkungan RM20 hingga RM50 bergantung kepada saiz, peringkat umur dan jantina kanak-kanak tersebut.

Tiada had minimum bersedekah untuk tabung ini, semua sumbangan akan dikumpul dan diserahkan segera kepada pihak Darul Uloom. Dan, tabung ini dibuka sehingga dimaklumkan penutupannya kelak.

Untuk bersedekah, bank in ke akaun : 

Yayasan Salam Malaysia
 1. Public Bank – 3072 87 9302
 2. CIMB - 8002 3824 16  

Sila hantarkan bank-in slip melalui whatsapp 012-6225517 atau emailkan ke nal@salam.org.my .



Share this:

 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates