Qurban Di Gaza 2016
Posted by
YAYASAN SALAM MALAYSIA
on
9:27:00 PM
in
Palestin
qurban
|
Syukur di atas nikmat kurniaanNya.
Terima kasih diucapkan kepada semua para penyumbang yang menyertai Program Qurban Di Gaza bagi tahun 2016.
Program Ibadah Qurban 2016 di Gaza ini telah selamat dilaksanakan
pada Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini. Bagi pihak Palestinian Orphans Home
Assosiation (POHA) dan seluruh warga Gaza, kami panjangkan rasa penghargaan mereka kepada rakyat Malaysia khususnya yang
menyertai program Qurban baru-baru ini kerana masih ambil peduli dengan
kesengsaraan yang mereka alami di sana. Semoga amal ibadah kita mendapat
perhatian dariNya. Amin.
Menurut POHA, anggaran seramai 400
benefisiari telah mendapat manfaat dari program ini. Walaupun menghadapi cabaran dengan pelbagai sekatan Israel, penduduk Gaza terus tabah menghadapi ujian ini.