Suasana kampung di wilayah
Kratie, Kemboja seperti Malaysia pada tahun 50 dan 60-an, penduduk masih
menggunakan kereta lembu untuk mengangkut barang. Jalan utama masih bertanah
merah, berdebu tanpa turapan tar. Kediaman berupa rumah kayu usang jenis berlantai
panggung (bertiang tinggi). Inilah yang saya anggap sesuatu yang menarik kerana
kita di Malaysia sekarang jarang dapat melihat suasana seperti itu.
Gambar : anjungdestinasi.com |
Pertama kali melihat kereta lembu
lalu lang di jalan merah, kami sangat teruja dan sememangnya terkesan suasana
kampung, apa tah lagi apabila kami dibawa melalui pengalaman menyemai padi di
sawah dan menaiki sampan di sungai.Sekumpulan wartawan dan sukarelawan
berpeluang berkunjung ke kampung berkenaan sewaktu mengikuti rombongan
kemanusiaan bersama Yayasan Salam Malaysia.
Yayasan Salam Malaysia adalah
pertubukan bukan berasaskan keuntungan sebalik memberi tumpukan kepada kegiatan
kebajikan dan kemanusiaan dianggotai oleh golongan muda, dewasa dan tua.
Kereta lembu
kenderaan utama untuk mengangkut barang dan berulang alik ke tempat kerja.
Merasa
sendiri pengalaman menyemai pokok padi di bendang. Masing-masing tidak
melepaskan peluang mencuba. Bagi mereka yang berasal dari bandar dan tidak
pernah melalui pengalaman itu, tentulah teruja.