BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Yayasan Salam tubuh tabung khas Palestin

Sumber : ARKIB : 07/01/2009 © Utusan Melayu (M) Bhd 

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Yayasan Salam Malaysia menubuhkan tabung khas bantuan kemanusiaan penduduk Palestin bagi membolehkan semua pertubuhan dan organisasi serta rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mangsa- mangsa kekejaman Israel.
Pemegang Amanah Yayasan itu, Datuk Ahmad A. Talib berkata, tabung yang diwujudkan hasil kerjasama dengan Forum Profesional Malaysia itu turut memberi resit pengecualian cukai kepada mereka yang menderma lebih RM50.
Beliau berkata, hasil sumbangan orang ramai itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan rakyat Palestin termasuk ubat-ubatan.
Menurutnya, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan kewangan melalui cek atau wang pos dengan mengirimkan atas nama Yayasan Salam Malaysia dan menulis di belakang cek tersebut 'Tabung Palestin'.
"Orang ramai yang mahu menderma wang tunai menerusi bank pula, boleh memasukkan sumbangan ke akaun Public Bank Yayasan Salam Malaysia di 3072 8793 02.
"Selain itu, orang ramai boleh menyumbang terus ke ibu pejabat yayasan di 22, Jalan Changgai 6/22, 46000, Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-79584021," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad berkata, Yayasan Salam amat prihatin dengan keadaan di Genting Gaza kini yang amat memerlukan bantuan terutama dari segi perubatan.
Katanya, menerusi e-mel yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa baru-baru ini, penduduk Palestin semakin kekurangan ubat-ubatan, alat-alat pembedahan serta selimut ekoran kehadiran musim sejuk.
Sehubungan itu jelas beliau, pihaknya terpanggil untuk bekerjasama dengan NGO lain termasuk NGO di Malaysia dan Mesir bagi menghulurkan bantuan secepat mungkin.
"Yayasan Salam pada masa ini sedang membuat persiapan menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza dengan bantuan NGO antarabangsa yang telah berada di sana.
"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Palestin supaya memberi kebenaran memasuki sempadan Gaza melalui laluan-laluan yang dibenarkan," jelas beliau.


Share this:

 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates