BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Yang Menarik Mengenai Kampung di Kemboja


Suasana kampung di wilayah Kratie, Kemboja seperti Malaysia pada tahun 50 dan 60-an, penduduk masih menggunakan kereta lembu untuk mengangkut barang. Jalan utama masih bertanah merah, berdebu tanpa turapan tar. Kediaman berupa rumah kayu usang jenis berlantai panggung (bertiang tinggi). Inilah yang saya anggap sesuatu yang menarik kerana kita di Malaysia sekarang jarang dapat melihat suasana seperti itu.

Gambar : anjungdestinasi.com
Pertama kali melihat kereta lembu lalu lang di jalan merah, kami sangat teruja dan sememangnya terkesan suasana kampung, apa tah lagi apabila kami dibawa melalui pengalaman menyemai padi di sawah dan menaiki sampan di sungai.Sekumpulan wartawan dan sukarelawan berpeluang berkunjung ke kampung berkenaan sewaktu mengikuti rombongan kemanusiaan bersama Yayasan Salam Malaysia. 

Yayasan Salam Malaysia adalah pertubukan bukan berasaskan keuntungan sebalik memberi tumpukan kepada kegiatan kebajikan dan kemanusiaan dianggotai oleh golongan muda, dewasa dan tua.

Kereta lembu kenderaan utama untuk mengangkut barang dan berulang alik ke tempat kerja.

Merasa sendiri pengalaman menyemai pokok padi di bendang. Masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba. Bagi mereka yang berasal dari bandar dan tidak pernah melalui pengalaman itu, tentulah teruja.

Share this:

 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates