BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Mandi pagi ala P Ramlee di Kemboja


SELAMAT DATANG ke Kemboja! Kata-kata ini datang dari Zaini, anak muda Kemboja yang pulang bercuti ke kampongnya, Praksandai, kira-kira lima jam perjalanan dari Phnom Penh, ibu negara Kemboja.


Saya dan rombongan sukarelawan dari Yayasan Salam Malaysia tergamam seketika apabila mendengar kata-kata itu. Zaini fasih berbahasa Melayu dan melayan semua soalan saya dan rakan-rakan dengan jelas dan penuh sopan.

Zaini bekerja beberapa tahun di Johor, di sebuah kilang besi yang membuat gril dan pagar rumah. Dia pulang bercuti untuk menyambut Hari Raya Haji awal minggu hadapan. Kampongnya terletak di sebelah Sungai Mekong, yang menjadi sumber keperluan air semua penduduk di kampung itu.

Air Sungai Mekong yang sewarna dengan teh tarik Malaysia memberi nyawa dan rezeki kepada semua penduduk. Sepanjang saya di kampong itu, kami mandi, memasak, membasuh pakaian dan minum air sungai itu.

Alhamdulillah, setakat ini tidak seorang pun ahli rombongan saya mengalami masalah akibat minum air sungai itu. Kebanyakan kami minum air botol tetapi semua masakan menggunakan air yang sama.

Yayasan Salam berada di sini atas rayuan penduduk tempatan yang berusaha membaikki sekolah dan rumah ibadat. Sebahagian ahli rombongan tinggal di sini dan hanya akan pulang selepas sambutan Hari Raya Korban.

Anak muda seperti Zaini ini mengeloh apabila memandingkan hidupnya di Malaysia dengan Kemboja. Dengan nada sedih, Zaini berkata kos sara hidup di Kemboja amat tinggi manakala kuasa membeli rendah dan terhad.

Anak muda itu berkata, apabila saya pulang ke sini, saya bawa duit untuk keluarga. Tetapi ia habis dalam sekelip mata, ujarnya sambil menggelengkan kepala. Saya kena kerja lebih kuat. Sekarang saya sudah ada anak, dan saya perlu banyak wang.

Jika keadaan memaksa, Zaini tiada pilihan dan akan ke Malaysia semula untuk mencari rezeki. Dia terpaksa berkorban demi kepentingan keluarga dan dirinya.

Kampong yang saya dan sukarelawaan lawati untuk projek kemanusiaan ini adalah antara kampong yang termiskin di Kemboja. Tidak ada kilang di kawasan berhampiran. Tidak ada bisnes besar yang boleh memberi kerja. Tidak ada pusat perniagaan yang besar.

Zaini memberitahu saya, kebanyakan penduduk kampong bertani. Mereka hidup kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Mereka juga bertani menikut cara lama, menanam padi menggunakan kerbau, menuai dengan tenaga buruh yang ramai, menangkap ikan secara lama, dan nenjual hasil tanaman dan tangkapan di sekitar kawasan kampong.

Yayasan Salam akan mengumpul maklumat lengkap dan akan mencari jalan bagaimana kami boleh membantu membangunkan masyarakat dengan usaha-usaha baru. Penyertaan individu dermawan dan syarikat yang ingin menabur bakti boleh menghubungi kami untuk tujuan berkenaan.

Share this:

 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates