BREAKING NEWS

MISI KEMANUSIAAN - BANGLADESH, KEMBOJA, PALESTIN, MALAYSIA

PROGRAM QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH
Yayasan Salam Malaysia

Tidak Berasaskan Keuntungan
Kebajikan Merentasi Sempadan

Kerjasama Yayasan Salam Malaysia, UUM Dan PACE DI Kemboja

UUM, PACE hantar sukarelawan ke Kemboja

25 Julai 2016
Duta Besar Malaysia ke Kemboja T.Y.T. Dato’ Sri Hasan Malek telah merasmikan Program Khidmat Masyarakat: Semarak Kasih Di Kemboja, Sejernih Air Di Kali anjuran pelajar Semester 4 Sesi April 2016/2017 Universiti Utara Malaysia (UUM) Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Kampus Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia.
Program ini telah diadakan di Kampung Pevekpong, Kemboja selama empat hari bermula 21 Julai 2016 hingga 24 Julai 2016.


Gambar agendadaily.com

Seramai 33 orang peserta dari kalangan pelajar Semester 4 Sesi April 2016/2017 Universiti Utara Malaysia (UUM) PACE Kampus Kuala Lumpur telah menyertai program khidmat masyarakat ini.

Menerusi program ini dana sebanyak RM50,817 telah berjaya dikumpulkan dalam tempoh lebih kurang sebulan bermula Ramadhan yang lalu.

Antara kampung yang telibat ialah Kampung Seve Pokau, Kampung Wel Kangaw, Kampung Seway, Kampung Sip, Kampung Pevek Pong, Kampung Kokedau dan Kampung Klang Sbek Kandal Province. Sumbangan yang diterima ini juga merupakan kutipan daripada badan-badan korporat dan individu-individu prihatin untuk misi kemanusiaan ini.
Sebagai salah satu negara keanggotaan ASEAN yang disifatkan sebagai antara negara termiskin dalam Asia Tenggara dan miskin dunia, program ini sedikit sebanyak dapat membantu beberapa kawasan di Kemboja, secara tidak langsung mengeratkan hubungan antarabangsa Malaysia-Kemboja dari aspek kemanusiaan dan kesukarelawan disamping menjalankan serta memenuhi tanggungjawab sosial.

Inisiatif program ini dilakukan adalah untuk menimba pengalaman dan pengajaran dari kesempitan masyarakat luar negara disamping mengharumkan nama Malaysia melalui pembangunan pendidikan yang diterajui Universiti Utara Malaysia di persada antarabangsa.
Memandangkan syawal masih dirai, Majlis Sambutan Hari Raya bersama Kedutaan Kemboja turut diadakan bagi memeriahkan suasana.


Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti gotong-royong memasak, sukaneka bersama kanak-kanak dan juga melawat tapak penempatan perigi-perigi dan panel solar yang telah disumbangkan.
Dana yang terkumpul ini digunakan untuk menyediakan 20 buah perigi/telaga, 4 buah panel solar dan 1 enjin pam air bagi kegunaan harian penduduk di kawasan sekitar. 

Terutamanya dalam bidang pembangunan sosial di peringkat internasional serta menjalin hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa melalui aktiviti kesukarelawan.

Share this:

 
Copyright © 2014 QURBAN, AKIKAH, WAKAF, SEDEKAH - YAYASAN SALAM MALAYSIA. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates